09 July 2015

Woman and Make up

Assalamualaikum readers.

Hihi tetiba rajin pula nak update blog ni. Yelah sejak kerja ni kalau tak ada customer memang lepak jelah sepanjang hari. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni memang tak ramai customer. Ntah macam mana boleh terfikir pasal make up. Sebab my fiance sibuk setiap kali nak keluar jenjalan mesti mengamuk or even buat muka serupa beruk sebab terpaksa tunggu future wife dia ni bersiap. hehe. Biasalah perempuan kan? Tapi lelaki ni tak faham. Couldn't they just try to be more understanding about woman?

Setahu aku lah kan, make up dengan perempuan memang TAKKAN boleh dipisahkan. Yep, even masa sekolah dulu..ehem masa comot-momot dulu aku kategori manusia bergelar perempuan yang paling tak suka bermake up. Macam alah or geli bila nak make up-make up ni. Acah-acah nak jadi jantan katenye.haha. Malas je nak tunjuk gambar masa dulu-dulu. Sumpah bila aku tengok balik aku pun macam tak percaya muka aku camtu. hahah. hodoh MashaAllah.

Masuk tahun ni 2015, aku pun dah start nak masuk alam awal wanita lah. ehek. Geli doe. So dah start berjinak-jinak dengan make up, heels, handbag and etc. Mula-mula berubah tu start pakai handbag memang tak la rasa berubah apa tapi orang lain lah dok sibuk kata, 'wah, wani dah pandai pakai handbag lah' haha. choi ingat aku apa. Macam kelakar je bila kawan-kawan tegur camtu.

Tapi lah kan, paling ketara sampai bakal laki aku bising n housemate aku bising bila part nak keluar, aku suka make up lelama. Ok, tak la lama sangat cepat jugak la.Cuma dorang tu yang siap cepat sangat.kikiki.Aku tak la heavy make up cuma BB cream, foundation, bedak,lisptik. k tu je kut.. Lepas tu bakal laki aku dok sibuk 'make up tebal-tebal buat apa', 'make up tak mencerminkan wajah la', 'bla bla bla' kejadah haram. Eh, kang kaum lelaki juga tak suka bila awek dia selekeh-selekeh keluar dengan dia. Dah memang normal perempuan make up kut. Tak salah pun. Bukan berlebihan sangat pun. 

Lagi pun cuba korang tengok iklan Nivea tu. Dia pun ada cakap ' make up ni  menjadikan dia cantik dan lebih berkeyakinan'. Haa. kat situ je dah terbukti. Artis pun sebab dah biasa make up takkan senang hati nak keluar rumah tanpa make up. Paling kurang Bb cream mesti la pakai sebab nak protect kulit, tak gitu?


Start try pakai Bb cream garnier ni awal tahun 2015 ni. Bila dah pakai sekali tu memang rasa 'Wah, memang jatuh cinta lah' sebab texture dia yang ringan n mudah meresap dalam kulit. Memang syorkan pakai ni.Superb!

Maybeline mascara wider curl volume ni memang dari start dah pandai make up dulu dah pakai dah. tak tau la best ke idok tapi kalau pakai tu memang lentik la bulu mata iolls sampai kening githu. hahaha. tahan dari pegi kerja sampai la malam. kalis air la best tapi kena guna air suam nak tanggalkan. malas doe. selalu beli yg ni je sebab dapat promo beli 2 dpt discount. hehe

Bedak Miami ni popular tahun bila ntah. Dulu mak cik-mak cik aku suka sangat pakai. Bila housemate pakai  n tengok cam smart je bedak ni terus minat nk beli. Yelah sebab dia campur foundation so senang la tak payah nak pakai double layer. tapi memang best la bedak ni cuma kena selalu tukar span sebab kalau tak spannya jadi bucuk sebab dah kena air.

Tony tint ni sort of lip tint la senang kan? Memang best pakai sebab bibir jadi ala-ala korea gitu. tapi bila pakai ni, bibir jadi kering so tak la di galakkan sangat pakai. better pakai 'bukti ciuman'. haha. tak faham? pandai-pandai korang la..
Ok, dah tamat la sampai sini. Penat berceloteh panjang. Tapi 1 je la nasihat buat kaum laki di luoq sana. Kalau gf, tunang, or even wife korang jenis suka make up tu kan, jangan halang. Biarkan sebab make up ni boleh menjadi terapi buat kaum wanita. Lagipun tak salah bermakeup, cantik untuk korang jugak,kan? asalkan tak berlebih-lebihan. ok, sekian sampai lain waktu.kalau rajin update lagi. bybye.

No comments:

Post a Comment