03 July 2015

no feelings

assalamualaikum

ok ni soalan untuk kaum perempuan dkt luar sana. nak tanya sikit lah kan, kalau korang jodoh datang awal korang terima tak? macam mana kalau lelaki yang masuk meminang tu tak kena dengan pilihan hati? korang terima je ke atau pikir 2 3 kali and continue tunggu orang lain?

hm.. macam teeet betul lah. aku sekarang ni tengah fikir nak kawen ke tak? rasa macam dah elok la jodoh tu macam nak muncul awal-awal tapi hati aku ni 50-50 je. rela tak rela. ok honestly la mana je perempuan yang sanggup terima bakal laki dia duda ada anak tanpa fikir panjang? memang lah orang cakap 'nak bapanya kena terima anaknya', but well aku rela tak dapat 2 2. haha. k kejam

even sayang lah jugak kan~ *ayat org tengah gaduh mmg macam ni, so abaikan* tapi aku tetap rasa macam ish,tak rela sungguh nak kongsi kasih sayang dengan anak dia sendiri. maybe dah biasa sikap tamak nak makan sorang. huhu. macam mana ni ek? serabut betul aku.

bila fikir balik macam muda je nak kawen sekarang. aku baru 20 kut?! tak kan nak kena kawen dah. banyak lagi aku nak explore dalam dunia ni. aku nak tukar phone pun tak dapat tukar ha sebab nak kumpul duit kawen. grr, lifeless sungguh. dah kawen kang sah-sah la macam-macam buat nak kena fikir hati perasaan 2 3 orang manusia. but now i just need to focus with my work and family, dia? sikit lah.

lps da asyik putus cinta *masa sekolah lah* aku dah tak letak harapan tinggi nak bercinta lagi ni. macam menyampah banyak bila nak setia dekat someone, nak hadap 24 hour kat someone. rasa takde guna pun. better enjoy sendiri je. tak payah dok fikir masalah yang bakal ada bila bercinta ni. semua benda tak boleh buat kena control la hape lah. eee, menyampah nak k.o. lagi bila kawen ni sumpah mesti lagi belambak masalah... huish. memang tak la gamaknye aku nak hadap. 

hm... k puas dah merepek. stop stakat ni. untung la sape dapat baca entry merepek meraban aku kali ni. tak lama lagi post entry ni pun aku delete. hahah. k la bai.






dah siap pun kad kahwin nye. ni laki aku tak tengok lagi ni. penat aku perah otak buat. memang aku koyak menatang ni jap lagi. 

No comments:

Post a Comment